PENGERTIAN DO'A DALAM ISLAM

DO’A


Menurut firman Allah swt dalam surat lukqman ayat 32

“ Dan apabila mereka dipukul ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru dengan penuh keikhlasan kepadaNya, maka tatkala Allah telah menyelamatkan mereka sampai ke daratan, lalu sebahagian mereka masih tetap menempuh jalan yang lurus dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami melainkan oranag yang tidak setia lagi engkar.” (Q.S Luqman : 32)

Melalui pembentangan di atas, jelaslah kepada kita betapa manusia amat memerlukan pertolongan dan bantuan Allah untuk membantu mereka , ketikamana mereka berhadapan dengan satu keadaan atau masalah serta kesulitan yang amat mendesak. Di samping itu menjadikan doa sebagai senjata yang ampuh dalam kehidupan mereka dalam menghadapi cabaran, dugaan, ujian dan tribulasi kehidupan.

Doa juga merupakan wasilah bagi insan untuk menyatakan rasa kesyukuran terhadap segala nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan kepada mereka di dunia ini, yang berbentuk fizikal seperti makanan, minuman, harta, anak-anak dan lain lagi, ataupun dalam bentuk ruhiyah seperti perasaan bahagia, ketenangan, rasa aman dan tenteram dan lain-lain lagi.



A. PENGETIAN DOA

Perkataan doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, yang secara etimologinya (bahasa) bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.
Jika ditinjau dari segi terminologi (pengertian syara’), doa adalah ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firmanNya;

“ Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina (Q.S Ghafir: 60)


B. DO’A DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

Bagi umat Islam, Allah telah mendidik mereka supaya bersegera memohon pertolongan dan bantuan padanya dalam apa jua keadaan dan masalah yang mereka hadapi. doa itu berbentuk permohonan agar diperkenankan sesuatu permintaan, samada untuk perkara yang telah berlau, sedang dan akan mendatang atau doa itu berbentuk permohonan agar dilepaskan dari sesuatu mara bahaya atau masalah yang sedang mereka hadapi atau yang akan mereka hadapi di masa akan datang.

C. PERINTAH SUPAYA BERDOA

Firman Allah swt

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”(Q.S Ghafir : ayat 60)

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran (Q.S al-Baqarah : 186)

Sabda Rasulullah SAW;

“ Doa itu adalah ibadah, Tuhanmu telah berfirman, berdoalah kamu kepadaKu, nescaya pasti aku akan perkenankan.”( Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah)


Imam Bukhari dalam bukunya menyebut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

“ barang siapa yang tidak memohon kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan murka kepadanya”

D. KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA

Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.
Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah
Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah SWT.
Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

E. 3 CARA ALLAH SWT MENGABULKAN DOA UMATNYA
Yaitu:
1. Langsung di kabulkan
2. Di tunda
3. Dan Di ganti

Tidak ada komentar:

Posting Komentar